Pendaftaran SSM

SSM New Business Registration – Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Online

Pendaftaran perniagaan tunggal dan perkongsian boleh dibuat secara online dengan langkah mudah:

  1. Isi borang pendaftaran.

  2. Buat bayaran.

  3. Staf akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas pembayaran.

Jenis Perniagaan:

  1. Milikan Tunggal:
    • Perniagaan yang didaftarkan di bawah nama pemilik yang tunggal. Ia adalah pilihan yang sesuai untuk individu yang ingin menjalankan perniagaan kecil tanpa rakan kongsi.
    • Mudah dikendalikan dengan kos pendaftaran yang rendah.
  2. Perkongsian:
    • Sesuai untuk perniagaan yang dimiliki oleh dua orang atau lebih yang ingin berkongsi modal, tanggungjawab, dan keuntungan.
    • Ini memberi fleksibiliti dari segi modal dan kepakaran yang dikongsi bersama rakan kongsi.

Category:

NEW BUSINESS REGISTRATION

Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Secara Online

Langkah Pendaftaran Perniagaan Tunggal dan Perkongsian

  1. Isi borang pendaftaran.

  2. Buat bayaran.

  3. Staf bertugas akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas pembayaran.


Pilihan Jenis Perniagaan

Milikan Tunggal

  • Perniagaan didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan (contoh: Ali Bin Abu).

  • Pemilik seorang sahaja.

  • Semua modal, keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh pemilik.

Pemilikan Perkongsian

  • Pemilikan antara 2 hingga 20 orang.

  • Keuntungan, kos, dan kerugian dikongsi bersama.

  • Berkongsi modal, pengalaman, dan kepakaran.


Selepas Pendaftaran SSM Lulus

  • Anda akan menerima pengesahan melalui emel dan WhatsApp.

  • Sijil dan maklumat perniagaan akan dihantar dalam format PDF.


Akaun EZBIZ SSM

  • Permohonan atas talian wajib menggunakan akaun EZBIZ SSM.

  • Jika tiada akaun, staf kami akan membantu mendaftar menggunakan emel pemilik SSM dan salinan kad pengenalan.

  • Untuk pengaktifan ID, pemilik perlu hadir untuk imbas cap jari di kiosk SSM (senarai lokasi akan diberikan selepas pendaftaran).


Jika Sudah Mempunyai Akaun EZBIZ

  • Staf akan memaklumkan untuk semak emel bagi username dan kata laluan sementara.

  • Username dan kata laluan perlu diberikan kepada staf bagi membolehkan proses permohonan seterusnya.

  • Jika emel tidak boleh diakses, pemilik perlu mengemaskini maklumat emel di kaunter SSM.

  • Jika belum mengaktifkan ID, pemilik perlu membuat imbasan cap jari di kiosk SSM.

  • Kelulusan permohonan mengambil masa 1–3 hari bekerja. Staf mungkin akan menghubungi anda jika terdapat maklumat kurang lengkap.


Nota Penting

  • Borang ini hanya untuk permohonan Perniagaan Tunggal dan Perkongsian (ROB).

  • Syarikat Sdn. Bhd., PLT, LLP, Klinik, Syarikat Guaman serta perniagaan di Negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan borang ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pendaftaran SSM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart