Pendaftaran SSM
NEW BUSINESS REGISTRATION
Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM secara Online
Langkah-langkah pendaftaran perniagaan tunggal dan perkongsian
- Pelanggan mengisi borang pendaftaran
- Memuat Naik dokumen Yang diperlukan
- Membuat bayaran
- Selepas membuat bayaran, staff incharge Akan menghubungi pelanggan melalui WhatsApp.
Khusus buat mereka yang baru mulakan perniagaan, anda mesti keliru mahu membuat pendaftaran SSM online sama ada Pemilikan Tunggal atau Perkongsian. Bagaimana daftar SSM online ezbiz, syarat daftar SSM, dan SSM daftar online dan apakah jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM.
Milikan Tunggal
Antara ciri milikan tunggal :
- Perniagaan yang didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan. Sebagai contoh, Ali Bin Abu.
- Pemiliknya adalah seorang sahaja, iaitu empunya nama.
- Segala modal, keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh pemiliknya.
Pemilikan Perkongsian
Berikut merupakan ciri-ciri perniagaan perkongsian :
- Pemilikan perkongsian yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari 2 orang sehingga 20 orang dalam satu syarikat.
- Segala keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh bersama rakan perkongsian.
- Selain berkongsi modal, turut berkongsi pengalaman, kepakaran, dan pengetahuan di dalam syarikat.
Sekiranya pendaftaran SSM Online, lulus. Bagaimanakah proses seterusnya?
Anda akan menerima email dan whatsapp daripada pihak kami dan menandakan perniagaan anda berjaya didaftarkan dalam sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) . Sijil SSM dan Maklumat Perniagaan akan diberikan dalam email dan whatsapp menggunakan format PDF
Jika pelanggan pertama kali mendaftar akaun EzBiz SSM,
- Staf incharge Akan mendaftarkan akaun EzBiz untuk pelanggan jika pelanggan belum mempunyai akuan EzBiz serta meminta dokumen tambahan untuk membuat akuan EzBiz terlebih dahulu, dokumen tambahan adalah seperti (gambar kad pengenalan depan/belakang, gambar muka sedang memegang kad pengenalan, 1 gambar dokumen sokongan seperti lesen memandu atau sijil lahir atau sijil nikah).
- Staff incharge juga akan meminta pelanggan memilih tarikh Dan masa janjitemu sesi video call bersama pegawai SSM Untuk proses verifikasi.
- Selepas verifikasi selesai, pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
- Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.
Jika pelanggan mempunyai akaun EzBiz,
- Staf bertugas Akan memaklumkan kepada pelanggan untuk melihat Email inbox untuk melihat username dan password sementara yang telah dihantar oleh sistem SSM
- Username dan password sementara itu perlu dibenarkan diberi kepada staf bertugas supaya staf bertugas dapat meneruskan proses pendaftaran seterusnya
- Pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
- Masa kelulusan bergantung kepada maklumat Dalam borang permohonan.
- Sijil SSM yg telah diluluskan akan dihantar ke Whatsapp dan Emel pelanggan dalam format PDF.
- Hanya untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian sahaja. Syarikat SDN. BHD, PLT, LLP, KLINIK, SYARIKAT GUAMAN, Negeri SABAH dan Negeri SARAWAK tidak boleh menggunakan borang ini.