Pembaharuan SSM

Untuk memperbaharui pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

 

Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan

  1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan boleh dilakukan secara atas talian (Online).
  2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.
  3. Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula  perniagaan tersebut.

 

Isi Borang Pembaharuan:

Isi borang perbaharui dengan maklumat yang terkini dan tepat mengenai perniagaan anda. Pastikan untuk memasukkan semua butiran yang diperlukan.

 

Sahkan dan Hantar Permohonan Pembaharuan:

Setelah anda selesai mengisi borang perbaharui, semak semula maklumat yang telah dimasukkan dan pastikan semuanya betul. Kemudian, ikuti panduan dalam sistem untuk menghantar permohonan perbaharui.

 

Setelah proses pembaharuan selesai, pendaftaran SSM anda akan diperbaharui dan maklumat perniagaan akan dikemaskini dalam sistem SSM. Pastikan untuk menjalankan pembaharuan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk mematuhi undang-undang perniagaan di Malaysia. Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau panduan, anda boleh menghubungi kami atau whatsapp kami untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan yang berpengalaman dalam proses perbaharui pendaftaran SSM.

 

Setelah lulus perbaharui pendaftaran SSM , anda akan menerima Sijil Lesen Perniagaan SSM dan jugan Maklumat Perniagaan SSM di emel dan whatsapp dalam format PDF.

 

Akaun EZBIZ SSM

  • Permohonan atas talian wajib menggunakan akaun EZBIZ SSM.

  • Jika tiada akaun, staf kami akan membantu mendaftar menggunakan emel pemilik SSM dan salinan kad pengenalan.

  • Untuk pengaktifan ID, pemilik perlu hadir untuk imbas cap jari di kiosk SSM (senarai lokasi akan diberikan selepas pendaftaran).


Jika Sudah Mempunyai Akaun EZBIZ

  • Staf akan memaklumkan untuk semak emel bagi username dan kata laluan sementara.

  • Username dan kata laluan perlu diberikan kepada staf bagi membolehkan proses permohonan seterusnya.

  • Jika emel tidak boleh diakses, pemilik perlu mengemaskini maklumat emel di kaunter SSM.

  • Jika belum mengaktifkan ID, pemilik perlu membuat imbasan cap jari di kiosk SSM.

  • Kelulusan permohonan mengambil masa 10 – 30 minit. Staf mungkin akan menghubungi anda jika terdapat maklumat kurang lengkap.


Nota Penting

  • Borang ini hanya untuk permohonan Perniagaan Tunggal dan Perkongsian (ROB).

  • Syarikat Sdn. Bhd., PLT, LLP, Klinik, Syarikat Guaman serta perniagaan di Negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan borang ini.

Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi pastikan anda merujuk kepada panduan dan arahan yang terkini di laman web. Anda juga boleh whatsapp kami jika ada sebarang pertanyaan.

Shopping Cart