Perubahan SSM

Ubah Maklumat SSM

Perubahan maklumat perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh dibuat secara online mengikut jenis perubahan berikut:

1. Ubah Alamat Perniagaan
Kemaskini alamat syarikat, alamat surat-menyurat atau maklumat berkaitan. Isi maklumat baru dengan tepat, semak semula dan hantar permohonan. Proses biasanya mengambil masa 1–2 hari bekerja.

2. Perubahan Jenis Perniagaan
Pilih jenis perniagaan baru yang sesuai dengan aktiviti syarikat dan kemaskini maklumat berkaitan sebelum dihantar untuk kelulusan.

3. Ubah Maklumat Cawangan
Tambah atau padam cawangan serta kemaskini maklumat yang berkaitan dengan tepat.

4. Ubah Maklumat Pemilik / Rakan Kongsi
Kemaskini butiran pemilik atau rakan kongsi termasuk alamat mereka dan pastikan semua maklumat adalah betul sebelum dihantar.

Semua permohonan akan disemak dan anda akan dihubungi sekiranya memerlukan maklumat tambahan.

Category:

Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan SSM:

  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi

Akaun EZBIZ SSM

  • Permohonan atas talian wajib menggunakan akaun EZBIZ SSM.

  • Jika tiada akaun, staf kami akan membantu mendaftar menggunakan emel pemilik SSM dan salinan kad pengenalan.

  • Untuk pengaktifan ID, pemilik perlu hadir untuk imbas cap jari di kiosk SSM (senarai lokasi akan diberikan selepas pendaftaran).


Jika Sudah Mempunyai Akaun EZBIZ

  • Staf akan memaklumkan untuk semak emel bagi username dan kata laluan sementara.

  • Username dan kata laluan perlu diberikan kepada staf bagi membolehkan proses permohonan seterusnya.

  • Jika emel tidak boleh diakses, pemilik perlu mengemaskini maklumat emel di kaunter SSM.

  • Jika belum mengaktifkan ID, pemilik perlu membuat imbasan cap jari di kiosk SSM.

  • Kelulusan permohonan mengambil masa 1 – 3 hari berkerja. Staf mungkin akan menghubungi anda jika terdapat maklumat kurang lengkap.


Nota Penting

  • Borang ini hanya untuk permohonan Perniagaan Tunggal dan Perkongsian (ROB).

  • Syarikat Sdn. Bhd., PLT, LLP, Klinik, Syarikat Guaman serta perniagaan di Negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan borang ini.

Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi pastikan anda merujuk kepada panduan dan arahan yang terkini di laman web. Anda juga boleh whatsapp kami jika ada sebarang pertanyaan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perubahan SSM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart